Iklan Petronas Menyentuh Perasaan Lelaki...Sebagai seorang lelaki yang bergelar ayah,HB tersentuh hati menonton iklan ini.Hati HB sebak dan rasa nak nangis.Namun lelaki yang hati sado mana boleh nangis.Malulah wei.Mahu tidak mahu HB tahan dan kuatkan hati untuk tidak nangis.
credit : Google image
Apa yang menarik dalam iklan tersebut ialah bagaimana kisah seorang ayah dan anak lelaki kecil terpaksa keluar dari rumah yang kena sita.Si anak berdegil tidak mahu keluar dari rumah kerana tidak faham situasi yang dihadapi oleh ayahnya.
Ayahnya terpaksa mengendong anak lelaki untuk keluar dari rumah pada malam hari yang sangat hening.Pada saat itu anaknya masih memberontak.Untuk memujuk anak lelakinya si ayah terjumpalah troli secara kebetualan.Si ayah kemudiannya cuba mengalih perhatian anak dengan bermain berkejaran dalam troli tersebut.
Apa kata kita saksikan bersama-sama iklan tersebut dalam video ini.Pesan HB jangan nangis la ye.Kuatkan hati kerana kisah ini dalam iklan semata-mata.Selamat menonton:
[admin]
Hati admin tersentuh bukan apa.Kisah ini sangat tragis kerana hampir berlaku kepada HB sendiri.Nasib baik tak berlaku.Masih ada rezeki untuk menahan rumah dari kes kena sita.
Kepada sesiapa yang terkena musibah begini jangan risau.Banyakkan sedekah dan rajinkan diri untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah.In shaa Allah akan terjumpa jalan penyelesaian.
Nak pendapatan sampingan boleh tengok-tengok kat pautan NAK DUIT EXTRA
Nak pendapatan sampingan boleh tengok-tengok kat pautan NAK DUIT EXTRA
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi