Segmen Sukses Kedua Berjalan Lancar…Sehingga ke artikel ini ditulis, HB masih berada dalam satu kitaran segmen yang hebat.Ia lanjutan daripada segmen sukses pertama yang HB berjaya lakukan baru-baru ini.Dalam segmen kali ini HB berazam untuk melakukan amalan bersedekah ekstrem setiap hari selama 21 hari.Adalah amat manis HB gelarkan sebagai Cabaran Kuasa Memberi.
Amalan bersedekah amat dianjurkan dalam bulan Ramadan Al Mubarak ini.Kebetulan pula segmen ini berlangsung dalam bulan yang penuh berkah.Ternyata untuk membentuk sifat pemurah bukan perkara mudah.Sebab itu secara peribadi HB nak melakukannya sebagai Cabaran Kuasa Memberi dalam segmen sukses kedua.
HB sedaya upaya dengan kudrat yang ada untuk bersedekah dengan cara ekstrem.Sedekah ini bukan sesuatu yang alang-alang atau sempoi.Sedekah ekstrem ialah melepaskan sesuatu yang berharga atau perkara yang kita sayangi.Sewaktu kita memberi akan menyebabkan perasaan bergetar-getar,menyesal dan pelbagai lagi rasa yang kurang enak.
Pada mulanya kita seperti tidak ikhlas.Mana taknya asyik terkenang-kenang barang yang kita sayangi itu telah berpindah tangan.Namun ia terpaksa juga dilakukan demi niat kerana Allah Taala dan pengharapan agar mendapat balasan yang lebih baik.Memang pada pandanngan zahir macam melampau kerana apa yang kita sumbangkan itu adalah barang yang kita suka bagaikan nak gila.
Sejajar dengan Cabaran Kuasa Memberi maka HB pejamkan mata dahulu.Tolak dahulu perasaan sayang terhadap sesuatu kerana yakin Allah itu tetap memberi yang terbaik buat kita sama sedar atau kita tak sedar.In shaa Allah selepas berlangsung selama 21 hari,amalan memberi yang kita praktiskan menjadi satu tabiat.Tak kira barang itu kita sayang atau tidak.Ini kerana memberi secara ektsrem sudah menjadi tabiat luar sedar.Pada ketika itu keikhlasan lebih terasa kerana ada konsep mudah iaitu Donate and forget.
[admin]
HB sekali lagi nak tegaskan bahawa apa-apa yang HB sedekah itu tetap menjadi rahsia antara HB dengan Allah SWT.Apa yang disedekah tidak penting untuk diketahui oleh pembaca.Yang penting pembaca ada keinginan yang sama untuk bersedekah secara ekstrem.Jangan tanya apa sebabnya.Nak tahu apa kesannya sila praktis dahulu baru akan tahu kemudiaannya.
Malah jika nak tanya pun kepada HB tetap HB belum ada jawapan ketika ini.Cuma perasaan ketika berlangsungnya Segmen Sukses Kedua ini HB bagaikan teruji sedikit.Banyak juga barang dan perkara yang HB sayangi sebelum ini sudah bertukar milik.Sudah tentu perasaan terkilan dan sayu tetap ada.Nak buat macam mana dah dinamakan Cabaran Kuasa Memberi.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Sekian.Salam ceria hendaknya dan jumpa lagi.