Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Cabaran 21 Hari Jadi Jutawan

$
0
0
Cabaran 21 Hari Jadi Jutawan…Aduh.Baca sekali lagi.Ya memang tak masuk akal langsung.Kalau tahu tak logik tolong jangan berharap apa yang HB tulis ini sama dengan tajuk yang tertera.Lebih baik HB berterus terang dari buat kejutan yang tidak berasas.Jika dah terlanjur baca tu, teruskan sahaja untuk memahami  supaya kalian boleh mengakui sama ada ia benar atau gempak semata-mata.


Tempoh 21 hari bersamaan dengan 3 minggu.Satu jangkamasa yang singkat.HB difahamkan tempoh 21 hari boleh membentuk tabiat dan cara hidup seseorang.Sebelum memulai cabaran ini maka sangat elok para pembaca memilih dan meneliti tabiat yang nak dibentuk.Tabiat tersebut biarlah untuk kesan luar biasa seperti jadi jutawan,insan hebat dan pencapaian  cemerlang.

Ada tokoh bijak pandai berkata  40 hari.Namun dalam entri ini HB memegang kata-kata Jutawan internet iaitu  Irfan Khairi serta tokoh Motivator Indonesia iaitu Mas Ippho Santosa yang terkenal dengan Teori Otak Kanan.Menurut mereka berdua tabiat akan terbentuk kekal dan konsisten jika dilakukan secara berterusan selama 21 hari.Jika boleh jangan dilangkaui walaupun sehari.Jika gagal membuat secara berterusan maka terpaksa diulangi dari hari pertama.

Adil atau kejam.Itu terpulang.Sebab cabaran ini bukan untuk orang lain.Ia untuk diri sendiri.Bahkan ketika entri ini ditulis HB dah masuk hari kedua.In Shaa dengan berkat doa kalian semua HB boleh menamatkan cabaran ini dalam 19 hari lagi.Buat permulaan HB tak nak war-war apa yang HB buat sehingga cabaran ini tamat dengan jayanya.Mari kita sama-sama mengaminkannya.Aamiin.

Apa pula kaitan dengan jadi jutawan.In shaa Allah jika ada para pembaca yang nak sangat jadi jutawan boleh mula berfikir.Cuba fikirkan apa tabiat yang boleh menjadikan seseorang jadi jutawan.Fikir,kaji dan cari dari carian Google,buku-buku motivasi dan laman web yang diperakui krebilitinya.

HB cuma dapat kongsikan apa yang HB perolehi dari Dr Azizan Osman dan sedikit pengalaman bersama jutawan MLM secara ‘real’ suatu ketika dahulu.Nama dirahsiakan kerana beliau merupakan seorang ‘humble’.Sejarah beliau pernah mencatat pendapatan setengah juta ringgit sebulan selepas tempoh 3 tahun berjuang dalam perniagaan.

Menurut pakar pemasaran dalam perniagaan iaitu Dr Azizan Osman nak jadi jutawan perlu ada tindakan luarbiasa dan berani luarbiasa.Perkara ini mesti melalui pemikiran,perasaan dan tindakan seorang jutawan.Bukan biasa-biasa tetapi jauh lebih hebat dan berkali ganda dari orang kebanyakkan buat.Mereka ada mentor yang ada terbukti kejayaannya.Tanamankan tabiat untuk pelajari ilmu dan mengamalkan sistem yang dah diakui boleh menghasilkan kejayaan.

Sebagai mana kata-kata mentor HB dahulu iaitu jika nak jadi jutawan tiada istilah kalau boleh.In shaa Allah pasti boleh dan yakin 100 peratus .Jika selalu berkata nak sangat jadi jutawan dengan jelas dan spesifik maka alam ini akan membuka ruang untuk kita mendapatnya sebagai mana yang terselit dalam doa solat Dhuha.

Cuba  terapkan teknik visualisasi setiap masa.Lebih-lebih lagi ketika dalam tempoh 21 hari.Rasakan kita sudah  merasai kehidupan seorang jutawan.Ada kereta besar,rumah besar dan pakaian yang berjenama serta makanan yang sedap-sedap.Rasakan dalam minda bahawa perkara ini benar-benar belaku.Perkara ini mesti dilakukan supaya minda separa kita terus merakam  dan akhirnya boleh memberi idea supaya kita dapat mencapai apa yang kita mimpikan.

[Nota admin]

Secara logiknya tidak mustahil juga kalau ada orang boleh mencapai jutawan dalam masa 21 hari sekiranya ada income RM50k sehari.Namun HB nak membicarakan dalam konteks lain iaitu tabiat seorang bakal jutawan boleh dibentuk dalam tempoh tertentu.

Rasa-rasanya tidak lari jauh perbincangan dan perkaitan yang HB tulis dalam entri blog ini.Mudahan kita semua ada ‘power’ untuk menyahut cabaran tersebut.Jangan lupa HB ada platform yang terbaik untuk menjadikan kalian jutawan.Sila ringan tangan untuk mengkaji >>>Pautan Jutawan

Sekian.Salam jutawan dan jumpa lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 427