Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Blogger Buat Duit Online

$
0
0

Blogger Buat Duit Online

Topik ini amat menarik.Memang mengujakan dan pasti juga bisa memeningkan kepala kepada sebilangan besar blogger.Hanya 10 peratus sahaja yang dah berjaya dan menemui cara yang paling berkesan buat duit online.HB berada dalam golongan 90 peratus dan kini dalam proses menempatkan diri sebagai Blogger Buat Duit Online.

Sebagai seorang blogger tak kira bergerak sepenuh masa seperti Pakar SEO Blogspot atau blogger separuh masa seperti Pakar Buat Duit Dari Affiliate sudah tentu buat duit menjadi agenda utama.Dengan adanya duit maka motivasi akan  meningkat kerana modal membina blog itu memang guna duit.Itu belum masuk masa dan tenaga serta idea yang tak terkalah siang atau malam.

Serius, bagi HB sendiri  kemahiran membuat duit online belum boleh dibanggakan.HB masih merangkak dan berikhtiar baik cara yang biasa atau lain sedikit dari biasa.Matlamat akhirnya agar kerjaya sebagai Blogger boleh dijadikan sumber pendapatan yang stabil dan menyakinkan.Memang benar ada gaji dari kerjaya utama namun kos hidup yang sentiasa meningkat memaksa diri untuk keluar zon selesa.

Blogger amat menuntut masa dan idea untuk menulis,mengemaskini dan blogwalking hampir setiap hari.Kehidupan blogger lebih sibuk daripada orang kebanyakkan.Jadi amat berbaloi kiranya kesibukan begini memberi pulangan dalam bentuk duit.Dengan adanya duit tambahan atau lumayan maka kehidupan harian kita boleh menjauhkan diri dari perasaan mengeluh.Orang mengeluh seperti kecewa dengan kehidupan ini.Pendek kata tak bersyukur.Ingat tu.

Strategi demi strategi boleh digunakan untuk blogger membuat duit dari online.Strategi yang paling ampuh memberi kejayaan yang amat manis.HB sendiri mencuba pelbagai strategi.Pengalaman lalu telah memberikan satu kenangan manis dalam menjana duit dari online.Semasa menggunakan blog kakiblog.my,HB berjaya mendapat duit affiliate dari Ashadee ( sebelum ini Jomniaga).Dengan duit tersebut HB membeli domain sendiri dan membina blog baru iaitu Portal Ilmu.

Melalui blog tersebut HB mengumpul koleksi ebook dan mempromosi secara affiliate.Perjalanan blog ini baru bermula dan keberhasilannya masih dalam impian.Sudah pasti impian itu sendiri adalah kejayaan kecil untuk mendapat duit dari online.HB masih belum berpuas hati lalu terfikir untuk membina blog yang lebih berciri-ciri kepuasan menulis dan ada jenama sendiri,

Bermula dari situ HB terus mengerah idea untuk membina jenama sebagai blogger.Dengan langkah berani HB telah membeli satu lagi domain heroborneo.com untuk dijadikan blog personal yang ada niche motivasi bercampur baur informasi.Pada mulanya merancang untuk membina blog di platform Wordpress dan ada hosting sendiri.Namun bajet tidak mengizinkan sehingga memaksa HB akur untuk menumpang di platform Blogger.com.

Nampak gayanya blog heroborneo.com memulakan langkah kanan.Dengan blog ini HB telah berjaya meraih duit online melalui contest Cabaran Duit Raya Adilfitri 2014 dan contest Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Duit Raya Aidilfitri 2014

(99) Shahril M Sharip - Messages

HB amat percaya penyertaan dalam sebarang contest memberi peluang untuk para blogger berkenalan sesama peserta.Melalui networking begini blogger boleh mencipta peluang yang begitu banyak  dalam usaha membuat duit online.

Membuat duit dari online tentunya terbaik melalui blog.Misalnya  ada promosi produk sendiri.Kelebihan mempunyai produk sama ada perkhidmatan atau produk sendiri, blogger boleh mengawal harga.Nak bagi diskaun,naik atau turunkan harga.Itu terpulang kepada blogger usahawan  sendiri.Sebab itulah kalau serius nak buat duit dari online perlu ada produk sendiri seperti ebook atau apa-apa yang boleh dijual secara online.

 

Kesimpulan dari admin,

Entri ini sangat istimewa untuk Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s.Sekiranya entri ini berjaya memikat hati para juri maka peluang HB membawa pulang hadiah impian setiap blogger iaitu iPhone 5s akan menjadi kenyataan.

Sebelum itu HB nak mengucapkan berbilion terima kasih kepada pihak penganjur iaituTeam Denaihati dan penaja utama serta penaja individu.Semoga kalian semua dilimpahi rezeki yang lebih luas dan deras.Amin.Ya Rabbil Alamin.

 

Penaja Utama

  1. http://amariman.com

Penaja Individu

  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

 

Sekian.Salam kejayaan dan jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427