3 Tugas Tradisi Isteri Yang Boleh Diabaikan…Sekarang hangat di media sosial tentang tugas isteri terhadap suami.Ada yang berpendapat tugas ini jika diabaikan tidak mendatangkan dosa kerana ia bukan hak seorang isteri.HB cuba memberi pendapat secara umum.Sudah pasti tidak menggunakan nas-nas al-Quran dan dalil-dalil yang termaktub dalam al-hadis.Maafkan HB kerana tidak merujuk pula kepada pendangan para ulamak muktabar.
Sejujurnya HB yang kini bergelar suami tersentap dengan isu tugas tradisi isteri.Dakwaan mereka ia bukan dari amalan ajaran Islam.HB tidak mengiya.Malah tidak juga menafikan.Apa yang HB khuatiri pemahaman begini membiak tumbuh akibat gerakan Feminisme yang dicanangkan oleh golongan bukan Islam dari Barat.
1.Memasak makanan
Suami wajib masak untuk isteri tetapi isteri boleh memilih nak masak atau tidak,Ia bukan tugas mereka sebagai isteri.Memasak untuk suami merupakan kerelaan hati yang telah diwarisi dari nenek moyang dulu-dulu lagi.Oleh itu para suami tidak boleh marahkan isteri jika tiada hidangan untuk makan tengahari atau malam walaupun suami tersangat letih balik dari mencari rezeki.
2.Mengemas rumah
Rumah yang kemas dan bersih adalah peranan suami.Pihak isteri boleh marahkan suami jika tak nak menyapu atau mengemop rumah.Kain dan pakaian juga suami mesti sidai dan lipat.Seandainya suami sibuk kerana pulang lewat maka biarkan sahaja rumah bersepah.Ketika hujung minggu suami boleh kumpul kudrat tenaga untuk melakukan tugas ini.
3.Menjaga anak
Anak-anak yang masih kecil perlu diberi mandi atau makan minum oleh suami.Si isteri boleh menolong jika mahu.Namun tidak boleh melakukan seorang diri jika si suami mengelak diri.Seandainya suami berat hati nak melakukan tugas ini maka cari pembantu rumah.Lagi afdal dapatkan pembantu rumah yang muda dan menawan agar si suami boleh lekat kat rumah.(maaf sekadar bergurau).
[admin]
Pada mulanya HB nak senaraikan banyak lagi.Namun risau pula kepada para suami yang marahkan HB nanti.Sebaliknya para isteri pula bertepuk tangan kepada HB.
Dalam situasi begini HB masih menyukai dengan tugas tradisi isteri .Mereka melakukan 3 tugasan di atas dengan penuh keikhlasan agar mendapat ganjaran pahala.Buat baik diberi pahala dan melakukan sesuatu demi keredhaan suami pasti menyuntik bimbit kebahagiaan rumahtangga.
Bayangkan si isteri banyak masa lapang dan masa lapang itu digunakan pula untuk aktiviti sosial dilluar rumah.Apa akan jadi dengan rumahtangga.Suami yang kesunyian ada alasan untuk mencari pasangan baru.Kesannya rumahtangga boleh menjadi kucar kacir.
Namun begitu HB yakin kesediaan suami memikul tugas tradisi tersebut tanpa kompromi.Mereka patut dianugerah sebagai suami mithali.Sebagai hadiah berilah layan ranjang setiap malam untuk golongan suami selama 21 hari selama sebulan.
Jika tak sanggup nak bagi hadiah tersebut buat apa nak membangkitkan pemahaman yang cenderung kepada keruntuhan rumahtangga dan tiada menepati konsep suami isteri iaitu saling melengkapi antara satu sama lain.
Pesan HB lebih baik golongan isteri pakat ramai ramai untuk baca blog tentang Cara Isteri Sayang Suami
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.