Tip Untuk Elak Bazir Pendapatan…Entri ini HB kongsikan khas untuk pembaca yang mementingkan perbelanjaan secara berhemah.Jika pembaca tergolong dalam kategori berpendapatan tinggi mungkin tip ini kurang sesuai.Biasalah kuasa membeli tinggi maka tak lah perlu pening kepala untuk cari harga barang yang murah.Lebih baik barang yang berharga mahal kerana wang mereka tak habis dibelanja tujuh keturunan.
Antara tip yang sempat HB kutip dalam majalah lama Keluarga Harmoni keluaran 2011 adalah seperti berikut.
1.Pilih keperluan berbanding kehendak
Sebelum membeli sesuatu barangan tanya kepada diri sendiri adakah pembelian tersebut bersifat keperluan atau kehendak.Barang keperluan ialah ialah barang yang mesti dibeli supaya kehidupan kita lebih selesa.Misalnya pakaian.Jika tiada pakaian yang menyaluti badan maka kita seperti orang yang kurang waras.Pakaian mahal tidak perlu bagi mereka yang hidup dalam kemiskinan.Cukup sekadar pakaian yang harga berpatutan.Janji selesa.
2.Buat perbandingan harga yang termurah
Pilih barangan yang ditawarkan dengan harga rendah.Buat apa beli barangan yang lebih mahal kalau ada tawaran yang lebih murah.Misalnya baru-baru ini HB terbeli nasi lemak bungkus yang basic berharga RM1.80.Dalam masa yang sama ada gerai lain yang menjual RM1.50 sebungkus.Ternyata HB menyokong kenaikan barangan tersebut.Memang menaikkan harga boleh menambah keuntungan namun pengguna merasai kerugian kerana berbelanja lebih.
3.Buat keputusan selepas bangun tidur
Sekiranya kalian memghadapi dilema untuk beli atau tidak sesuatu barangan adalah amat molek untuk menangguh sehari dua keinginan tersebut.Bawa tidur seketika supaya pemikiran lebih rasional.Sebab dengan tidur otak kita cukup rehat untuk berfikir semula.Jadi dapatlah otak kita menimbang semula adakah pembelian tersebut benar-benar diperlukan.
4.Bertanya untuk promosi yang berikutnya
Andai kata kalian belum cukup bajet jangan dipaksa untuk membeli juga barangan tersebut.Cuba tanya dengan promoter bila promosi yang seterusnya.Pastikan pada ketika itu kalian sudah cukup bajet dan ia tidak mengganggu perbelanjaan lain pula.Cara ini amat berkesan untuk memastikan keputusan paling tepat.Ya,paling tepat sama ada perlu atau tidak memiliki produk tersebut.
5.Barangan yang amat disukai dan diperlukan
Ada barang yang kita sukai namun kurang diperlukan.Lama-kelamaan barang itu kurang disukai.Ia kemudiannya membimbitkan perasaan menyesal yang amat mendalam.Lainlah ia kita sukai dan ia memang diperlukan.Mahu tidak mahu perasaan menyesal akan dibenamkan begitu sahaja.Oleh itu pembaca sekalian hendaklah berhati-hati.Bak kata orang tua-tua.Menyesal dahulu berpendapatan dan menyesaln kemudian tiada gunanya lagi.
[admin]
HB berharap kalian semua mendapat manfaat dari tips untuk elak bazir pendapatan ini.Ekonomi dunia semasa tidak menentu.Boleh jadi semakin baik dan ada kemungkinan semakin buruk’
Langkah bijak berbelanja secara berhemah.Dalam masa yang sama cari sumber pendapatan alternatif seperti dalam link >>>>KLIK SINI
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.