Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

7 Langkah Bijak Tangani Jerebu

$
0
0

7 Langkah Bijak Tangani Jerebu ..Ketika ini bumi Malaysia dilanda jerebu yang dahsyat.Pergi sahaja ke semua pelusuk negeri.Dari Perlis hingga ke Sabah.Semuanya tempat dilanda jerebu.Langit yang sepatutnya berwarna biru menjadi kelabu.Pemandangan yang kehijauan juga telah bertukar kepada kelabuan.

Kita tiada pilihan .Kita terpaksa berhadapan dengan suasana jerebu dengan perasaan suka dan duka.Namun kita boleh main peranan supaya jerebu tidak bertambah teruk.Kita boleh dianggap bijak apabila mengamalkan langkah-langkah seperti berikut.

jerebu

Langkah Pertama

Antaranya berhenti merokok.Jadikan musim jerebu ini adalah turning point untuk kita berhenti dan insaf supaya tidak lagi merokok.Jika degil untuk merokok maka paru-paru kalian akan berjerebu buat selama-lamanya.

Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

Langkah Kedua

Jangan melakukan pembakaran terbuka.Tolong simpan dulu segala sampah yang sepatut dibakar pada yang tempat yang sesuai.Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bermain api.Walaupun api kecil menjadi kawan namun bila api dah besar nanti jadi lawan.

Langkah Ketiga

Didik anak-anak supaya mencintai alam sekitar.Rasionalnya dah besar mereka akan lebih prihatin dan menjaga alam ini sebaik mungkin.Mereka akan menjadi pencinta alam.Ia akan bermula dari kita sebagai ibubapa.

Langkah Kempat

Selain berusaha mengurangkan jerebu, jangan lupa pula untuk menjaga kesihatan supaya tahan lasak.Tidak mudah demam dan tidak mengalami penyakit yang kronik.

Langkah Kelima

Sebagai umat Islam baik  wajib bersangka baik kepada Allah SWT bahawa jerebu hanya membawa mudharat atas keizinanNya.Akidah mesti diutamakan walau hebat manapun musibah yang melanda.

Langkah Keenam

Kurangkan aktivitivi diluar rumah kecuali terpaksa seperti turun bekerja atau membeli barang keperluan harian.Jika aktiviti santai seperti jogging atau main bolasepak maka lebih baik tak payah.Tunda dulu sehingga keadaan pulih seperti sediakala.

Langkah Ketujuh

Dalam pada itu tukar corak pemakanan yang sihat.Tindakan ini lebih bijak waima bukan masa jerebu sekalipun.Utamakan lauk yang banyak sayuran segar.Kurangkan makan makanan berminyak dan jangan cuba-cuba nak berbarkiu.Kan perkara ini menambah asap.

[admin]

Marilah kita berdoa agar jerebu semakin pulih.Kasihanilah anak-anak kecil yang baru nak mengenali dunia tetapi hidup menghirup udara berjerebu.

Semoga dengan langkah bijak dan usaha yang positif dapat menangani musim jerebu ketika ini.

Kita sayangi alam sekitar dan sayangi ahli kelurga kita.Bukan generasi ini sahaja tetapi untuk generasi yang akan datang.

Untuk memahami ertri kasih sayang walaupun dalam suasana jerebu apa kata terus baca entri Cara Isteri Sayang Suami

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427