Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Bagaimana Membentuk Emosi Yang Stabil

$
0
0

Bagaimana Membentuk Emosi Yang Stabil…Manusia itu sendiri amat unik.Ada hati dan emosi yang sukar dijangkakan.Sebab itu ada dikalangan kita yang dilabelkan sebagai cerdik emosi atau tinggi EQ.Mereka mempunyai emosi yang stabil dan tidak goyah walaupun berhadapan cabaran hidup yang mendesak.Mereka tergolong sebagai insan hebat yang berjaya.Kita semua boleh menjadi seperti mereka.Nak tahu,Jom baca.

 

emosi yang stabil

 

1.Berfikiran positif

Ayat skema dan kat mana-mana pun orang selalu kata.Fikiran positif menempis buruk sangka.Apa-apa pun berlaku kita tetapkan dalam fikiran bahwa setiap kejadian ada hikmahnya.Sebagai orang Islam yang beriman lagi mudah.Fikirkan tentang Allah SWT,tentang nikmatNya dan tentang diri kita sentiasa dalam perlindunganNya setiap masa dan ketika.Mengapa perlu susah hati jika ada cabaran gentir melanda hidup kita.

2.Kesabaran tertinggi

Membentuk kesabaran bukan perkara mudah.Jika kalian bukan jenis pemarah maka kalian boleh jadi jenis terasa hati.Perkara yang sedikit pun boleh menyebabkan emosi terganggu.Jadi apa yang perlu dibuat.Sudah pasti melatih diri supaya sentiasa bersabar.Dengan kesabaran hati lebih kuat dan stabil.Bersabarlah setiap masa dan ketika.Jangan terburu-buru atau bertindak melulu.

3.Rawatan Hipnosis

Mungkin agak baru untuk kebanyakan orang.Sebenarnya tidak.Ilmu ini sudah lama dipraktikkan oleh mereka yang pakar dalam ilmu psikologi.Ada orang sudah trauma dan gangguan emosi yang kronik amat wajar untuk melakukan proses hipnosis diri sendiri atau melalui bantuan pakar.Mereka lebih tahu dan berpengalaman mengendalikan apa juga situasi untuk menngembalikan emosi kalian yang terganggu.Maklumat lanjut tentang hipnosis boleh dibaca dalam blog Panduan Hipnosis 

4.Sentiasa bersedekah

Orang memberi kita merasa.Pemberian kita menyebabkan orang lain suka dan bahagia.Kesan semulajadinya hati si pemberi akan terus suka dan gembira.Jika amalan ini berterusan hasilnya, hati kalian tenang dan stabil.Sedekah tidak semestinya berbentuk wang ringgit.Senyuman yang ikhlas dan menawan juga tergolong dalam bentuk sedekah.Lagi banyak sedekah maka lagi bahagia.Hati yang bahagia lebih stabil untuk berdukacita.

5.Perbanyakkan doa

Kehidupan orang Islam yang beriman amat indah dan lengkap dari bangun tidur sehingga masuk tidur.Setiap perkara dimulakan dengan doa.Ingat doa paling mudah iaitu membaca Bismillah.Semua orang mampu buat.Dengan membaca Bismillah atau nama Allah akan membantu hati dan emosi kuat dan stabil.Bukan itu sahaja dengan doa boleh mengurangkan rasa pergantungan semasa makhluk.Sebaliknya kita yang beriman telah menyerah segala daya dan kekuatan itu hanya kepada Allah.Tiada daya melainkan dengan izinNya.

[admin]

Entri ini dah menghampiri penghujung.Kini kalian sudah faham  bahawa emosi yang stabil hanya berlaku pada mereka yang tahu untuk mempraktikkan 5 tersebut.

Sudah pasti jangan lupa pula untuk memahami Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda

Sehingga jumpa lagi dan salam ceria selalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427