Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Pelaturan Emas Rumahtangga Bahagia

$
0
0

Pelaturan Emas Rumahtangga Bahagia…Setiap pasangan yang bakal dan dah berkahwin amat mengharapkan keluarga bahagia.Satu keluarga yang hidup dalam kasih sayang tanpa pudar oleh dek masa dan usia.Bak kata pepatah lama tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas.Pendek kata bahagia dan kekal hingga ke jannah.Masya Allah hebatnya.

Baru-baru ini HB terdengar dalam satu rancangan bual bicara bersama ustaz di radio IKIM FM.Ustaz tersebut berkongsi satu pelaturan emasrumahtangga atau Golden Rules untuk membina keluarga bahagia.Jadi HB cuba sampaikan semula berdasarkan pemahaman HB tentang perkara tersebut.Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada kita semua.

pelaturan emas rumahtangga

1.Pelaturan pertama : Hubungan kelamin

HB faham bukan semua pasangan berminat untuk membesarkan isu kelamin dalam rumahtangga.Rata-rata daripada kita lebih suka membicarakan soal tanggungjawab,duit yang banyak dan keperluan duniawi yang lainnya.

Isteri yang terbaik buat suami ialah isteri yang bersedia memberi keperluan batin kepada suami.Dia memberi layanan kelas pertama kepada suami sehingga terbitnya  perasaan kasih dan sayang suami 100 peratus kepada isterinya.

Pengabaian aspek hubungan kelamin atau meremehkan soal ini membawa kepada rumahtangga yang porak peranda.Si suami akan memendam rasa dan berimpian untuk mencari pucuk baru,Si isteri pula terus leka dengan dunia sendiri dan akhirnya akan tersedar apabila ikatan perkahwian sudah berakhir.

2.Pelaturan kedua : Taat kepada suami

Selagi arahan dan perintah suami tidak bertentangan dengan ajaran Islam maka wajib untuk mentaatinya.Peranan suami dalam urusan rumahtangga boleh diremehkan namun statusnya tetap berada tertinggi dalam hubungan suami isteri.Sebab redha Allah terletak pada redha suami  terhadap isteri sebagai mana redha Allah terhadap redha ibu untuk anak lelakinya.

Isteri yang taat kepada suami dan solat 5 waktu serta berpuasa di bulan ramadan maka diberi pilihan untuk masuk mana-mana pintu syurga.Ada hadis tentang perkara ini dan maafkan HB kerana tidak menyatakan dalam entri blog ini.

3.Pelaturan ketiga :Menjaga makan minum

Pasangan suami isteri yang berkerjaya mudah memandang sepi perkara ini.Si isteri yang dah keletihan bekerja suka membeli makanan yang siap sedia untuk hidangan suaminya dan anak-anak.Budaya ini sukar untuk dielakkan kerana tuntutan masa itu sendiri.

Bagi pasangan suami isteri yang berpendapatan tinggi pula mereka akan menyerahkan urusan masak memasak kepada pembantu rumah.Ada yang lebih tragis lagi membiarkan pembantu rumah pula melayan suami ketika makan.

Tidak dinafikan juga ada pasangan suami isteri yang mengamalkan praktis layan diri dalam aspek makan minum.Biarkan suami masak sendiri dan layan anak-anak makan.Si isteri pula sibuk bermedia sosial atau sengnaja berbuat demikian kerana suami mereka jenis berpendapatan rendah maka tak layak dilayan bak seorang raja.

[admin]

HB menulis dari dimensi lain yakni pelanggaran Pelaturan Emasrumahtangga memang sukar mencapai kebahagiaan rumahtangga.

Kepada kaum isteri dliluar sana yang hilang punca dan mabuk dengan godaan dunia marilah menginsafi diri untuk kembali mengikuti tiga Pelaturan Emas tersebut.

Untuk kaum suami pula termasuk HB sendiri harus berkerja keras menambah pendapatan supaya isteri kita tidak lalu mengejar dunia kerjaya dengan alasan untuk membantu keluarga

AdaCara Tambah Pendapatan Guna Handphone yang boleh kita fikir-fikirkan dalam menghadapi cabaran hidup yang mendatang.

Sekian.Salam ceria dan jalani hidup ini dengan rasa keberanian tanpa mudah menyerah kalah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427