Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Budaya Layan Gajet Sambil Beraya

$
0
0

Budaya Layan Gajet Sambil Beraya…Sebetulnya HB tak berkenan la dengan budaya terbaharu ini.Namun terpaksa akur juga bahawa trend masa kini sudah mengubah kehidupan manusia hampir secara total.Jika dulu sekadar buat panggilan dan sms serta MMS.Sekarang gajet yang meliputi smartphone,tablet,pad dan sewaktu dengannya sudah meresapi budaya hidup kita sehingga ke akar umbi.

gajet raya

Para tetamu dan tuan rumah telah menjadikan gajet teman setia sepanjang masa.Boleh dikatakan tak lepas dari tangan.Tak boleh berenggang walau seketika.Hebatnya penangan gajet sehingga menyebabkan kemesraan dalam suasana raya lebih dirasai secara online berbanding offline.

Dengan kemunculan media sosial baru seperti Wechat,Instagram dan Whatsapp memang mengasyikkan semua orang.Ini belum termasuk otai media sosial seperti Facebook dan Tweeter.Setiap media sosial ada pengikut yang tersendiri dan pengguna yang setia maupun sedia ada.

Kesan segera telah menjauhkan orang yang dekat dan mendekatkan orang yang jauh.Bunyi macam kelakar tetapi itulah realiti kehidupan masyarakat masa kini.Tak ikut trend kalian seperti ketinggalan zaman pulak.

Ada perkara yang tak menyeronokkan tatkala melayan gajet ialah kita lebih suka berdiam diri berbanding berbicara.Sedangkan hubungan persaudaraan dan silaturrahim lebih ‘feel’ jika dilakukan dengan bersembang secara bersemuka.Sambil-sambil makan kuih atau menikmati hidangan hari raya kita memandang wajah orang yang berada di sekitar kita.

HB berharap para tetamu dan tuan rumah tatkala berhari raya dapat mengawal diri terhadap penggunaan gajet.Jika ada tetamu maka tuan rumah tinggalkan seketika gajet tersebut.Begitu juga dengan dengan tetamu adalah lebih molek untuk menyimpan seketika gajet dalam poket atau tas tangan.

Mungkin saranan HB supaya meletakkan notis peringatan untuk suis off handphone ketika masuk rumah yang mengadakan ‘open house’ agak keterlaluan.Namun ada hikmahnya agar suasana Hari Raya lebih terasa meriah dan jauh dari gangguan media sosial.

[admin]

Penggunaan gajet dalam kehidupan kita sebenarnya banyak memberi kemudahan terutama kepada golongan usahawan.

Misalnya kepada individu yang kini cuba memahami Formula Rahsia Jana Pendapatan Pasif Terbongkar memang memerlukan gajet setiap masa dan ketika.Cuma ketika berhari raya biarlah ‘cuti’ sejam dua dalam sehari.

Sekian.Salam motivasi dan ceriakan diri kalian dalam bulan syawal ini.Jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427