5 Perkara Yang Diperlukan Suami Dari Isteri…Hidup suami isteri sepatutnya best.Ibarat syurgaku rumahtanggaku.Hidup dalam mood bahagia.Hari-hari diisi dan disulami kasih sayang yang tak berbelah bagi.
Perasaan dan cinta untuk isteri dan begitu juga perasaan isteri 100 peratus untuk suami.Bukan bermaksud untuk menidakkan cinta pada Allah SWT pulak.Sayangnya tak semua pasangan suami isteri yang dianugerahkan nikmat bahagia ini,Mungkin ada ketika ini derita dalam diam.
Dalam entri ini HB yang membicara perkara yang diperlukan suami dari isteri agar bahtera kebahagian boleh berpanjangan ke jannah.Kita tak nak bahtera rumahtangga berlabuh sebelum sampai ke destinasi.Susah-susah buat majlis kenduri yang ribu riban tetapi tempoh perkahwinan cuma bertahan 5 atau 10 tahun sahaja.Katakan tidak kepada semua itu.Insya Allah jika itu yang kita semua nak pasti boleh.
Mari kiita hayati apa yang sangat diperlu oleh suami dari seorang isteri.Semoga para isteri diluar sana dapat memahami dan sedaya upaya untuk mengikutinya dengan hati yang redha dan ikhlas.
1.Ketaatan
Isteri amat dituntut taat kepada suami.Penuhilah keperluan suami sebaik mungkin sama ada suka atau tidak.Selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama maka wajar sekali untuk dipenuhi dengan redha dan ikhlas.Tak banyak pun keperluan suami.
Perkara utama ialah perkara yang berada dibawah perutnya.Harap faham la ye.Insya Allah dengan adanya isteri yang taat maka suami akan menjadi setia.Bila digabung bersama menjadi taat setia.Itulah dinamakan suami isteri bahagia.
2.Kesetiaan
Setia pada yang satu.Memang hakikatnya begitu kepada golongan isteri.Kesetiaan isteri kepada suami mesti melebihi kerjaya,kawan rapat,rakan media sosial malah apa-apa pun yang sewaktu dengannya.Taklah bermaksud taksub kerana si suami juga makhluk ciptaan Allah SWT.
Dalam hati si isteri tidak boleh mengutamakan teman atau kawan melebihi kepentingan suami.Sebab bila dah bergelar isteri orang maka tiada maknanya sahabat atau teman paling rapat sekali pun.Mereka semua itu adalah keperluan sipi-sipi sahaja.
3.Kasih sayang
Memang sukar mengungkap kasih sayang jika tidak disemai pada awal perkahwinan.Suami memang memerlukan kasih sayang isteri.Tempat suami bermanja,meluahkan keresahan dan ‘teman bergaduh’.
Seandainya si isteri kurang berjaya memberi kasih sayang kepada suami maka lama kelamaan si suami beralih angin.Impian untuk memiliki pucuk muda akan membara.Senario begini boleh mengancam rumahtangga.
Apatah lagi dengan kehadiran anak-anak maka kasih sayang untuk suami akan dibahagi-bahagi.Nak cakap apapun dah tak boleh dah.Sebab anak juga amat berhak mendapat kasih-sayang dari ibu mereka yakni isteri kita.
4.Teman tidur
Bunyinya macam lawak pula kalau suami memerlukan teman ketika tidur.Jika tiada isteri di sisi maka mata tak nak lelap.Dahsyat sungguh.Mungkin bagi isteri yang kurang ‘ngam’ dengan suami tindakan ini merimaskan.
Asyik berkepit dengan laki macam tak ada benda lain nak buat.Ya.Itulah rencam rumah tangga.Ada yang sanggup dan ada rela.Bagi mereka yang tak sanggup boleh berbincang baik-baik untuk bagi izin buka lagi cawangan baru.
Namun begitu tidak semua suami isteri berpeluang dapat kehidupan yang menjadikan pasangan masing-masing teman tidur.Cuba kalian baca tulis entri blog dalamKatakcomel.my.
5.Layanan mesra
Perkara biasa kepada pasangan suami isteri yang mula-mual kahwin.Bila dah lama kahwin macam tak biasa pula.Masing-masing akan sibuk dengan gajet.
Malah suami atau isteri balik dari tempat kerja pun tak sedar.Nak buka pintu pun susah walaupun ada pagar jenis automatik.Sebagai suami, layanan mesra bak pramugari itu adalah dambaan mereka daripada isteri.
Masa untuk makan hidangkan makanan.Masa mandi sediakan pakaian dan paling penting masa nak ‘yang itu’ si isteri mesti bersedia mental dan fizikal.Para isteri digalakkan untuk membaca entri bertajuk Cara Isteri Untuk Sayang Suami
[admin]
Apa yang dikongsikan ini mungkin kedengaran lebih-lebihlah pulak.Percayalah 5 perkara ini boleh suami dapat dari isteri dengan syarat si suami ada kuasa ekonomi dengan mendapatkan Kerjaya Impian Jana Pendapatan Berterusan
Malah untuk berjaya secara konsisten HB jemput pembaca sekalian untuk meningkat pengetahuan dengan membaca satu entri terbaik tulisan sahabat HB bertajukLif Kejayaan Jadi Impian
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.