Tips Untuk Aktifkan Kuasa Bayangan….HB nak menulis serba ringkas tentang kuasa bayangan atau istilah mudahnya ‘'The Power Of Visualization’.Kuasa ini bukan macam kuasa andiwira dalam TV.Ia memang benar-benar berlaku dan ada pada semua manusia yang ada minda dan akal.
Manusia memilliki aset yang sangat berkuasa atas izin dan kehendak Allah SWT.Ini kena faham juga kerana takut nanti jadi ada manusia yang sombong dan bangga diri sedangkan semua orang berpotensi untuk menjadi hebat.
Selagi manusia ada minda maka selagi itu mereka ada peluang untuk mengaktifkan kuasa bayangan.Secara asasnya kuasa bayangan ialah teknik kita membuat imaginasi untuk mencapai atau memiliki sesuatu.Lagi jelas lagi lagus.Sebab kejayaan mampu dihasilkan dengan kemahuan,keazaman dan motivasi yang tinggi.Semua ini berkait rapat dengan kuasa bayangan.
Secara mudahnya kuasa bayangan boleh dimanipulasikan menggunakan gambar.Kalian nak rumah maka cari gambar rumah yang cantik dan menarik untuk dipahatkan dalam minda.Katakan pada diri setiap hari bahawa itu adalah rumah kalian yang kini telah dimiliki.Rasai betul-betul.Gambarnya dengan perasaan gembira dan seronok.HB pasti tak susah buat benda ini cumanya kalian tak konsisten untuk melakukan setiap hari.
[admin]
Ingat untuk aktifkan kuasa bayangan cuma perlu cari gambar.Itu bagi mereka yang belum kuat imaginasi.Kalian boleh sasaran apa jua impian yang hebat dan besar dengan melakukan kuasa bayangan.
Selepas itu dengan sendiri kalian ada idea dan usaha untuk mendapatkan impian tersebut.Terpulang kepada kalian sama ada sungguh-sungguh atau main-main.
HB nak ajak kalian baca artikel Cara Dapat Duit Dari Rumah sebagai latihan untuk menguatkan kuasa bayangan.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.