Rahsia Untuk Menjadi Manusia Berpengaruh…Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Dalam kehidupan ini kita mesti ada pengaruh.Dengan pengaruh kita boleh menukar tahap kesedaran,cara pemikiran dan apa jua yang kitakan mahu untuk perkara baik maupun bermanfaat.Cuma jangan sesekali menggunakan pengaruh untuk perkara kurang sihat atau yang sewaktu dengannya.
Dalam entri ini HB nak kongsikan rahsia untuk menjadi manusiaberpengaruh.Ilmu tersebut HB petik dari buku tulisan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan yang bertajuk Belajar Berfikir.
1.Kepakaran
Lagi pakar seseorang dalam sesuatu bidang lagi kuat pengaruhnya terhadap kita.Misalnya kata-kata doktor pakar lebih kita percayai berbanding orang kebanyakan.Begitu juga dengan pandangan pandangan pakar ekonomi yang membuat analisis berbanding orang biasa yang bercakap ikut sedap mulutnya sahaja.
2.Kemahiran
Semua orang boleh menguasai apa jua kemahiran yang diminatinya.Tukang paip atau mekanik lebih kita yakini pandangannya dalam bidang mereka.Terpulang kepada mereka sama ada nak bercakap benar atau sebaliknya kita tetap akan percaya.Pengaruh kemahiran mereka itu boleh mengurangkan perasaan was-was.Misalnya ada kemahiran kewangan seperti dalam entri bertajuk Rahsia Tukar Hutang PTPTN Jadi Percuma.
3.Kejujuran
Orang jujur mudah dipercayai.Bila dah dipercayai maka pengaruh mereka akan bertambah.Tahap kejujuran seseorang sukar untuk dinilai namun kita mudah terpengaruh jika seseorang kelihatan jujur melalui air muka dan penampilan diri.Orang jujur akan memberitahu sesuatu tanpa berselindung.Mereka sanggup hadapi risiko.Apa kesannya terhadap kita.Sudah tentu kita terpengaruh dengan tindakan dan percakapannya.
4.Disukai
Orang yang kita sukai lebih berpengaruh terhadap kita.Untuk memastikan kita boleh disukai maka paras rupa dan penampilan mesti menarik.Sebab itu jurujual amat menitikberat penampilan supaya mereka ada pengaruh untuk menjual dengan mudah.Ada juga yang nak memikat anak dara perlu memastikan ibubapa dia turut suka dengan kita.Kesan kita akan diterima dengan jayanya
5.Keserupaan
Jurang perbezaan mesti dikurangkan untuk memberi pengaruh.Orang muda lebih diterima pendapat mereka jika orang tersebut masih muda untuk memberi nasihat kepada golongan seusia.Pengaruh keserupaan ini amat membantu seseorang dalam bidang pemasaran.Misalnya produk remaja mesti dijual oleh golongan remaja sendiri.
[admin]
Rahsia untuk menjadi manusia berpengaruh sudah terbongkar.Terpulang kepada kalian untuk mempraktikkam atau tidak ilmu yang hebat ini.HB pasti ia amat berguna kepada usahawan yang berminat dalam Bisnes Mampu Milik Yang Best.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.