Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Blogger Kerjaya Masa Hadapan Terbaik

$
0
0
laptop 

Blogger Kerjaya Masa Hadapan Terbaik..ramai yang berimpian untuk menjadi blogger yang berjaya.Blogger yang boleh menghasilkan pendapatan secara tetap,bermusim dan sebagainya.Pendek kata kerjaya blogger yang boleh menggantikan kerjaya rutin seperti yang kita lakukan hari ini.Blogger boleh dianggap sebagai profesional jika sudah memberi satu income yang bagus dan stabil setiap bulan.

Perlu HB ingatkan menjadi blogger bukan kerana duit semata-mata.Lebih dari itu kerana blogger adalah insan yang suka menulis untuk berkongsikan ilmu dan maklumat kepada pembaca.Kepuasan berblogging terpancar jika pembaca mendapat manfaat dan kebaikan dari hasil penulisannya.

Perkara ini bukan trend baru.Ada yang telah memilih blogger sebagai kerjaya sepenuh masa.Mereka ada blog,jenama dan reputasi yang kukuh.Namun HB percaya apa yang mereka perolehi ketika ini tidak berlaku secara semalaman.Bukan sebulan dua.Yang pasti sudah dibina dan diusahakan paling kurang 3 tahun.Mereka bermula dari tiada sehingga menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan.Senang cerita dari zero menjadi hero borneo.

Pada masa kini kehidupan kita terlalu dekat internet.Dulu-dulu internet perkara mewah sehingga HB pernah dikenakan bayaran RM10 sejam untuk melayari internet di pusat siber (CC) sekitar tahun 1997.Tengok sekarang ini internet dapat diperolehi secara percuma jika berada di Kampung Tanpa Wayar dan lokasi WIFI.Tak kisahlah sama ada di restoren segera,salon atau rumah kawan.Jadi ada internet maka kemudahan bagi seseorang yang bergelar blogger.

Apabila internet berada dalam  gengaman maka kuasa makluma sudah berada dalam tangan.Setiap masa dan ketika kita akan terdedah dengan makumat melalui media sosial yang sudah berlambak di pasaran.Misalnya kes Myvi di Jalan Duke.Ada maklumat bagus.Ada yang menjadi sampah.Jadi pandai-pandailah pilih yang mana satu.

Blogger perlu menggunakan peluang ini untuk menyampai maklumat melalui blog mereka.Kalau boleh  kepada bakal pembaca seramai yang mampu dengan kadar segera.Keupayaan berbuat demikan akan menarik trafik supaya rating blog akan naik.Ada trafik yang kencang maka ada pendapatan melalui iklan dalam blog.

Keperluan ‘dump box’ atau peti TV untuk  memberi hiburan,maklumat dan pendidikan masih relevan.Mereka sanggup pula melanggan program berbayar secara bulanan.Tentunya juga pada masa hadapan ada blogger dibayar lumayan oleh individu tertentu demi memenuhi keperluan tersebut.Hakikatnya sudah ada juga terutama melibatkan pihak syarikat.Biar masa yang akan menentukannya.Malah HB berharap dapat menempatkan diri dalam golongan blogger yang ada jenama dan reputasi tinggi suatu hari ini.

[Catatan admin]

Masa hadapan yang HB bicarakan dalam entri ini bukan 10 tahun lagi.Mungkin 3 tahun dari sekarang atau lebih awal daripada itu.Perlu kita sedari bahawa masa tidak pernah menunggu.Sebaliknya masa akan berlalu sia-sia jika HB dan mungkin juga kalian masih memasang impian tetapi tidak berbuat-buat apa tindakan pada saat itu.

Hanya mereka yang suka menulis,membaca dan tiada pilihan akan menjadikan blogger sebagai kerjaya masa hadapan yang terbaik.HB amat percaya apa yang kita fikirkan hari ini akan menjadi kenyaatan esok hari jika ada sungguh-sungguh dan keyakinan.

Sekian.Salam motivasi dan ceria-ceria selalu sebagai seorang blogger.Teruskan berimpian dan jangan berhenti sehingga apa yang kita lakukan menjadi kenyataan.

 

p/s: HB cukup sibuk sekarang ini.Ada bisnes hebat yang HB promosi tanpa henti sekarang.Potensi bisnes ini menjadikan anda pencen awal dengan pendapatan pasif yang aweseome setiap bulan.Jika tak nak pencen awal boleh terus bekerja tetapi menjadi blogger sepenuh masa.

[  Nak tahu bisnes tersebut sila dapatkan infonya diSINI ]


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427