Hikmah Kad prabayar kena GST…Isu hangat.Secara logiknya tak best kalau beli kad prabayar kena GST.Sekarang ini macam-macam barang dah kena GST.Sikit-sikit kena GST.Beli air kosong yang dibotolkan pun dah kena GST jika beli di kedai besar-besar.Kedai runcit tak tau la pulak.
Sebelum ini ada ura-ura yang hendak mengecuali GST pada kad prabayar selepas 1 Mei 2015.HB menarik nafas lega.Ada kegembiraan sementara.Rupa-rupanya tidak.Harapan palsu yang HB terima.Hati agak kecewa.Namun bawa bersabar dan terus berdoa agar rezeki diberkati sebagaimana rezeki oleh para Sahabat Nabi iaitu Abdurrahman bin Auf.
Sekarang HB tak nak fikir sangat barang-barang yang boleh dikecualikan GST lebih-lebih lagi kad prabayar.Tumpuan HB nak menambahkan pendapatan sebanyak 60 peratus setiap bulan.Lagi bagus.Kalau dah tercapai banyak perkara yang HB boleh lakukan.Boleh menulis blog dan blogwalking dengan rasa gembira.
Jika ditinjau dengan sudut yang lebih mulus halus tidak wajar kad prabayar dikenakan GST.Rata-rata pengguna adalah mereka yang berpendapatan rendah.Gaji tak sampai RM1000.Namun terpaksa juga guna telefon kerana ia satu keperluan untuk menghubungi seseorang yang tersayang.
Dalam pada itu ramai juga golongan muda yang kini masih bersekolah atau di pusat pengajian tinggi merupakan pengguna talian telefon untuk data internet.Mereka bukan ada pendapatan tetap.Ada yang masih mengharap dana dari pinjaman PTPTN,ibubapa dan duit side income.
Mesej dalam botol yang ingin HB sampaikan di sini ialah bebanan kos hidup terpaksa golongan marhaen tanggung.Golongan kaya raya sebaliknya boleh mengelak diri dan terus mengumpul kekayaan sebanyak yang boleh.Kalau begitu senarionya HB nak jadi orang kaya juga la.
HB faham ada yang berfikiran kalau dah miskin buat apa pun tetap miskin.Sebenar tak begitu.Kaya itu satu pilihan.Miskin juga satu pilihan.Namun jika dah berusaha,berdoa dan berikhtiar sehabis daya untuk kaya tetapi tetap juga miskin maka itu adalah qadak dan qadar untuk kalian.
Kesimpulan dari admin,
Sekarang HB sedar bahawa hikmah kad prabayar kena GST mudah sahaja.Nak tahu hikmahnya jomlah layari >>>>> Groupsbest.net