Bila sebut ilmu pelaris tentu ada dikalangan kalian mungkin rasa seram sejuk kaki dan tangan.Maafkan HB.Ilmu pelaris yang HB maksudkan di sini bukan ilmu sihir atau guna-guna.Ia adalah satu ilmu psikologi yang popular dalam bidang pemasaran dan perniagaan.Nak tahu lanjut jom baca lagi dan lagi.
Bisnes bidang yang sangat mencabar tetapi menyeronokkan.Pada sesetengah orang bisnes penuh dengan sepak terajang atau teknik tipu daya yang licik.Itu persepsi yang negatif.Pasti HB tak setuju dan tak berkenan.Hakikatnya bisnes adalah bidang yang membolehkan seseorang akan menjadi jutawan.Misalnya bisnes telco sepertiBestMobile.
Berbalik kita kepada pengisian tajuk pula.HB takut kalau dikatakan tajuk je hebat tapi isi entri hampas.Malu sungguhkan.Memang ilmu pelaris moden tertumpu kepada perkara yang HB kongsikan dibawah.Orang kata sharing is caring dan tertentunya HB sayang penggunjung yang membaca blog ini.Sebab itu nak ‘sharing’ dalam entri yang ada bau –bau pelaris ini.
1)Produk kualiti tinggi
Produk berkualiti tidak semestinya mahal.Ada yang harga berpatutan,Jangan hairan ada produk yang berkualiti diberi secara percuma sebagai teknik pelaris.Sekali cuba nak lagi dan lagi.Kebiasanya diberi percuma dalam bentuk sachet yang kecil dan terhad.
Apabila pelanggan dah tahu kualiti maka ilmu pelaris akan berlaku dengan sendirinya.Produk yang bagus akan mendapat pengulangan pembelian.Cuma tanggungjawab pengeluar mesti mementing kualiti terhadap barangan mereka.
2)Layanan kelas pertama
Pembeli akan rasa dihargai jika mereka diberi layanan yang terbaik dan kelas pertama.Dalam soal begini jangan mengukur nilai barangan yang dijual sebaliknya memberi lebih servis kepada para pembeli.Mereka yang terkesan dan berpuas hati pasti datang lagi.Bukan itu sahaja turut memberi promosi viral melalui media sosial.
Wah sungguh beruntung kepada para pengusaha jika soal layanan menjadi keutamaan.Perlu diingatkan juga tidak semua kepuasan pelanggan dapat dipenuhi.Ada cacat celanya.Cuma jangan diperbesaran seperti kesalahan tersebut terlalu berat
3.Promosi tanpa henti
Inilah ilmu pelaris yang mujarab.Promosi dan terus promosi.Biar satu dunia tahu.Tak kisah cepat atau lambat kesannya.Apa yang penting kesan promosi secara berterusan akan meresap masuk dalam minda separa sedar bakal pembeli.Segala tindak tanduk dan cara berfikir akan terpengaruh kerana kesan promosi yang agresif.
Dapat kita lihat sekarang ini promosi oleh restoren ayam goreng uncle janggut putih tidak pernah berhenti.Lihat bagaimana pelanggan yang menggunjunginya tanpa henti juga.Jangan tanya HB berapa untung mereka dalam sehari la ye.
Kesimpulan dari admin
Sekarang kalian boleh faham bahawa ilmu pelaris bisnes bukan terletak jampi serapah dan pengeras.Ia sangat semulajadi kerana berada dalam diri manusia itu sendiri.
Jika ada dikalangan kalian yang belum ada bisnes untuk dijalankan apa kata mula langkah bisnes telco di >>>Groupsbest.net.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa kalian di puncak kejayaan.