Serius.Ada 3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif.HB harap sesiapa yang sudi membaca entri blog ini akan mengalami pemikiran positif.Dalam istilah biasanya pemikiran positif ialah berprasangka baik kepada apa-apa sahaja.Pendek kata setiap kejadian ada hikmahnya.Tak kira kita bersangka baik kepada diri sendiri,orang lain,kehidupan sekeliling.Paling penting sekali kepada Allah SWT.
Setiap hari kita bercakap dengan diri sendiri tanpa disedari atau tidak.Itu dinamakan monolog.Setiap percakapan itu akan dirakam bawah minda bawah sedar.Percakapan positif akan masuk dalam benak fikiran secara positif.Begitu juga sebaliknya.Wajar sekali kita bermonolog dengan input-input positif.Jangan merokok sudah.Tak baik untuk kesihatan.
1)Perbanyakkan doa
Inilah senjata orang mukmin.Senjata paling ampuh.Lebih hebat dari apa jua senjata yang dicipta oleh manusia.Dengan berdoa yang baik-baik maka segala pemikiran positif akan menghapuskan pemikiran negatif.Kalian boleh berdoa setiap masa dan dimana jua.Doa tak semestinya selepas solat walaupun pada waktu tersebut amat mustajab.Doakan supaya hati tenang.Doakan supaya pemikiran hebat.Doakan juga untuk maininstgram boleh dapat duit.
2)Membaca skrip saranan minda
Ramai yang tahu kaedah ini.Ia adalah kaedah memasukkan skrip saranan minda supaya minda bawah dapat mengawal pemikiran sedar.Golongan pengamal para normal seperti dukun dan bomoh menggunakan jampi serapah sebagai skrip mereka.Pakar hipnosis juga tidak ketingggalan menggunakan skrip saranan minda untuk membuat hipnosis kepada klien.Sebab itu jika kalian sukar nak mendapat pemikiran positif maka amalkan membaca skrip saranan minda.Boleh rujuk dalam entri HB sebelum ini yang bertajuk Pelajari Cara Buat Program Minda
3)Bergaul rapat dengan orang yang berjaya
Ciri-ciri utama orang berjaya ialah berfikiran positif.Mereka melihat sesuatu perkara dari sudut positif dan cuba minimum perkara negatif,Tutur kata mereka elok sahaja.Orang menyenangi mereka kerana mereka ada tabiat hebat.Jadi jika ada orang nak berjaya dan ingin sentiasa hidup dalam keadaan positif maka berkawan lah dengan mereka.Golongan ini tidak tamak kepada realiti dunia,Lambat laun kalian yang selalu bergaul dengan mereka terpalit dengan aura kejayaan
Kesimpulan dari admin
Kepentingan pemikiran positif dalam kehidupan tidak dapat disangkal dengan apa jua alasan negatif.Lebih-lebih kepada para usahawan telekomunikasi yang berjuang mencipta kejayaan sekarang ini.
Tahniah untuk kalian dan HB amat percaya pemikiran positif adalah peneraju utama kepada semangat juang untuk berjaya.