Jangan Fobia Sertai Bisnes Networking..Menyertai mana-nama bisnes networking boleh jadi fobia bagi sesetengah orang.Pengalaman lampau yang kurang berjaya dan tertipu telah menjadi alasan utama.Namun jauh dalam lubuk hati mereka masih mencari ruang dan peluang untuk mencuba lagi.Itupun jenis yang tak pernah serik.
Pernah satu ketika HB menemui seorang prospek yang meluahkan rasa kecewa terhadap bisnes networking.Beliau menceritakan bagaimana deritanya akibat kejatuhan dalam bisnes networking tersebut.Kisah ini dah lama.Kira-kira 9 atau 10 tahun yang lepas sewaktu HB aktif mengusahakan bisnes networking jenis binari.
Biar HB namakan beliau sebagai Mr Ahmad (bukan nama sebenar).Bekerja sebagai seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah.Ada kerjaya mantap dan tetap.Ketika masa lapang dia telah mengusahakan satu bisnes networking yang berasasan tumbuhan herba.Rezekinya cukup lebat dan beliau mengakui menerima pendapatan yang amat lumayam.
Tanpa menoleh kebelakang Mr Ahmad mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Guru Besar.Dengan itu Mr Ahmad telah menjadi seorang usahawan networking sepenuh masa.Ada pangkat dan pendapatan yang sangat tinggi.
Tiada siapa menduga.Syarikat tempatnya bernaung telah mengalami kemerosotan dan kerugian.Ada yang mendakwa ia adalah konspirasi pihak lembaga pengarah syarikat.Demi menyelamatkan modal maka syarikat tersebut telah menukar bisnes networking kepada bisnes jual-beli barang sahaja,
Berbalik kepada kisah Mr Ahmad tadi.Beliau turut menerima tamparan yang hebat.Pendapatannya yang lumayan hilang sekelip mata.Kerjaya yang memberi pendapatan tetap dah lama tiada.Ditambah lagi kejatuhan bisnes networkingnya menyebab Mr Ahmad tersungkur.
Selepas itu Mr Ahmad kembali bekerja makan gaji di kilang papan.Tujuannya supaya boleh menampung keluarga kerana isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih kecil.Lama-kelamaan Mr Ahmad tidak betah makan gaji.Upah yang diperolehi sangat sedikt dan tidak berbaloi.Dia pun terfikir untuk buat bisnes kembali.
Semangat juangnya dalam bisnes tak hilang.Mr Ahmad mencuba rezeki dalam perniagaan runcit di rumah.Ketika HB melawatnya, beliau masih kelihatan bergaya.Almaklum bekas guru besar dan pemimpin tertinggi bisnes networking.Karisama dirinya masih kekal.
HB cuba closed kes dengan Mr Ahmad.Ternyata pengalamannya sebagai leader masih utuh dan kuat menyebabkan HB tak berjaya menarik prospek berprofil tinggi tersebut .HB pada masa itu masih muda.Umur bawah 30 tahun.Semangat usah kata.Berkobar-kobar.Anak muda katakan.Namun HB terus buat follow up sebanyak 3 kali.Ternyata beliau masih fobia dan tertutup hatinya untuk bisnes tersebut.
Kesimpulan dari admin,
Kisah tersebut masih masih kekal dalam ingatan HB.Semangat juang dan ciri-ciri karisma pada dirinya tetap utuh.Namun sayangnya beliau fobia untuk sertai bisnes networking..
Sehingga ke hari ini HB terus mengambil kisah ini sebagai sumber inspirasi .Tambahan pula HB kembali ke dunia networking bersama BESTMobile.
---------------------------->>Dapatkan Info Best Mobile<<---------------------
Salam motivasi dan jumpa lagi.