5 Tips Sempoi Mudah Kurus…Ada satu ketakutan bagi golongan ibu selepas melahirkan anak ialah badan cepat naik.Mereka merasakan satu tekanan jika mendapati tubuh yang berkembang macam belon ditiup.Dulu cantik menawan.Sekarang comel pulak bagaikan beruang gergasi panda yang berwarna hitan dan putih tu.Jangan pulak terasa.
Antara tips yang berjaya HB kutip dari sumber-sumber online adalah seperti dibawah ini.Ada yang boleh diterima pakai.Tak kurang juga boleh ditolak mentah-mentah jika informasi untuk mudah kurus membahayakan kesihatan kita.
1.Menyusu badan
HB akui susu ibu adalah makanan terbaik buat bayi yang baru lahir.Biarkan bayi kalian menyusu sehingga usia 2 tahun,Sekiranya pengeluaran susu tidak begitu lancar HB ajak kalian untuk dapatkan produk set menyusu Shaklee di----> [SINI]
Itu manfaat untuk bayi.Namun manfaat untuk si ibu pula ialah dapat menguruskan badan.Dikata 500 hingga 800 kalori digunakan untuk menghasilkan susu.Tambahan pula penyusuan badan boleh menjarakkan kehamilan secara semula jadi.Selang masa yang panjang untuk hamil semula adalah peluang untuk jaga badan supaya kekal kurus macam anak dara.
2.Banyakkan minum air kosong
Minum air kosong jauh lebih baik dari minuman yang manis.Air manis ada kalori sedangkan air kosong memang kosong pun .Apa nak dihairankan.Fungsinya sama iaitu menghilangkan rasa haus.
Dengan meminum air kosong segala toksin yang bersarang dalam badan dapat dikeluarkan.Pengumpulan toksin boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.Sudah pasti ia juga boleh meningkatkan berat badan.
3.Makan makanan yang seimbang
ini adalah faktor teras untuk menjadi kurus dan baik untuk kesihatan bagi golongan ibu yang baru bersalin.Makanan seimbang membekalkan khasiat melalui susu ibu.
Si ibu boleh mengambil makanan berlemak dalam kuantiti yang dibenarkan sahaja.Itu pun sebagai gantian kepada seseorang untuk mengekal kadar kolestrol yang diperlukan badan,Makanan yang seimbang memberi khasiat dan memanjangkan rasa kenyang.Kalian akan kurang rasa mahu makan.Akibatnya kalian akan lebih ramping dan mudah kurus
4.Menjalani terapi hipnosis
Terapi hipnosis boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan pengamal hipnoterapi yang bertauliah.Proses memasukan program baru ke dalam minda supaya lebih slim dan sentiasa menawan.Biar minda bawah sedar yang bekerja untuk kalian dalam usaha menguruskan badan.
Perlu diingatkan terapi hipnosis boleh dilakukan oleh mereka yang bertauliah atau diri sendiri tetapi memang mempunyai asas ilmu hipnosis yang kukuh.
5.Rehat yang mencukupi
Rehat yang mencukupi bukan bermaksud tidur berlebihan.Orang yang cukup rehat maka fikiran lebih tenang.Ketenangan begini membantu mereka makan dengan teratur.Tidak ada alasan untuk makan melepaskan geram.Tau-tau sahajalah kalau makan ikut emosi.Mau tak makan 4 pinggan nasi beriani kambing.
Fungsi fisiologi badan juga lancar kerana rehat mencukupi.Pendek kata semuanya ‘steady’.Jadi apa nak risau lagi. Ini membolehkan orang yang mahu kurus kerana berat badan berlebihan dapat melakukan dengan jayanya.
Kesimpulan dari admin,
Senang cerita ikut sahaja tips sempoi untuk kurus tersebut maka kalian akan mendapat hasil yang mengkagumkan nanti.
Tak percaya.Cubalah kalau berani.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.
p/s : Ingin menjadi kumpulan pertama menjana pendapatan melalui peluang perniagaan telco terbaru jom klik di pautan >>.Dapatkan Info Best Mobile