10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami…Ideal membawa maksud sempurna dan terbaik dalam serba serbi.Hakikatnya belum ada betul-betul sempurna yakni 100 peratus tanpa cacat cela.Namun konsep ideal yang ingin dikongsikan ini keupayaan sifat dan tabiat isteri yang boleh menyenangkan suami secara umumnya.Perlu ditekankan hampir sempurna sudah memadai buat para suami.
1.Bertakwwa kepada Allah.
Tidak dapat dinafikan.Ia adalah tuntutan yang paling jelas.Kalau dah ada sifat isteri yang bertakwa kebahagiaan sudah berada dalam tangan.
2.Mencintai suami secara hakiki
Isteri yang mencintai suami untuk dunia dan akhirat.Hatinya tidak berbelah bagi.Suami adalah segala-galanya dan telah mendahului kepentingan kedua orang tuanya.Namun masih meletakkan kepentingan agama pada tempat paling atas sekali.
3.Setia yang sempurna
Isteri yang memastikan dalam hatinya cuma ada suami.Bukan kawan-kawan atau teman sejati.Malah setia sepanjang hidup.Suami dah meninggal dunia pun sanggup tidak kahwin buat kali kedua.
4.Penyimpan rahsia terbaik
Alangkah beruntung dapat isteri yang boleh menutup segala aib dan kekurangan suami pada pengetahuan umum.Rahsia yang bersifat peribadi dan bukan rahsia simpan dadah tau!
5.Minda yang cerdas
Tak guna wajah yang cantik tetapi minda kosong.Suami ajak berbincang tentang Best Mobile Prepaid tetapi memilih untuk berdiam diri dan senyum sorang-sorang.Faham tak apa yang HB maksudkan ini.
6.Ambil berat tentang kesihatan
HB tabik spring kepada para isteri yang menceburibisnes shaklee.Mereka fokus untuk kesihatan luar dan dalam.Badan yang sihat lebih menarik berbanding badan yang selalu sakit-sakit.
7.Berhias untuk suami semata-mata
Tidak dinafikan ada sang isteri cuma bersolek untuk bos mereka jika mereka bekerja.Tak kurang kurang juga bersolek khas untuk pelanggan jika mereka ada bisnes produk kecantikan.Semua tindakan ini kurang bijak.Sepatutnya isteri berdandan secantik yang boleh untuk suaminya sahaja.Lebih molek kalau kepada suaminya yang gatal-gatal tu supaya tak pandang wanita lain.
8.Menghormati suami
Meskipun seorang isteri itu berpangkat ketua pengarah sekalipun dia tidak boleh bersikap kurang ajar kepada suami yang cuma bekerja sebagai kerani cabuk.Apa yang hebat sangat pangkat dalam dunia ini sedangkan tiket ke syurga lebih kepada rasa tunduk dan taat kepada suami.
9.Tidak cemburu membabi buta
Cemburu penting namun cemburu membabi buta sudah keterlaluan pulak.Suami yang keluar rumah mencari rezeki diwajibkan membawa mobile CCTV supaya pergerakan mereka dipantau 24 jam.Ada ke patut?
10.Rela dimadukan jika ia adalah keperluan
Aduh!.Tentu para isteri panas hati pulak dengan HB.Adalah lebih baik redha dengan ketentuan jodoh jika suami berpoligami,Itupun jika si isteri tadi tidak mampu melahirkan zuriat,keinginan libido suami terlalu tinggi dan paling penting suami adalah insan yang adil,bertakwa dan mampu serba serbi.
Kesimpulan dari admin,
Kini terpulang kepada pembaca sekalian terutama para isteri untuk berusaha menjadi isteri ideal buat suami.Jika susah-susah dengan point yang lain maka point yang 10 tu patut juga diambil kira dengan serius.
Seandainya susah juga nak jadi ideal buat suami maka HB ajak kalian baca artikel Cara Isteri Untuk Sayang Suami.
Bagaimana pendapat para isteri diluar sana.Jomlah kongsikan dalam ruangan komen bawah ini.
Sekian.Salam motivasi dan hargailah kebahagiaan rumahtangga setiap masa.