Perbaharui Domain Untuk Satu Tahun…Alhamdulillah HB berjaya memperbaharui domain untuk blog Buku Online.Seperti mana yang HB war-warkan sebelum ini,domain tersebut tak lah gempak sangat.Cuma nilai sentimental itu yang bernilai buat HB.Sehingga kini domain tersebut sudah berusia 2 tahun.Lagi lama lagi best walaupun bukan Malaysia Best Blog 2015
HB suka membeli domain kerana urusan online yang mudah.Satu atau dua klik sahaja maka proses urus niaga berjalan dengan lancar.Janji ada duit dalam kad visa atau akaun paypal maka semuannya boleh jadi.Dah ada rasa keseronokan kat situ.
Ketika mula-mula membeli domain memang murah.Cuma untuk memperbaharui sahaja dikenakan cas yang agak mahal.Setelah memiliki umur domain setahun memang rasa rugi juga nak membiarkan luput begitu sahaja.Segala entri yang ditulis juga berpotensi untuk mengembalikan modal yang telah dikeluarkan.
Kini blog Buku Online boleh digerakkan untuk setahun lagi.HB berharap boleh membawa sinar bahagia buat HB.Dalam masa yang sama proses promosi akan dilipat gandakan baik melalui blog ini dan juga media sosial.Yalah bila terfikir modal yang dikeluarkan maka semangat untuk melakukan semua ini.
Ada sesiapa tak yang ingin menambah ilmu di dada dan minda maka jangan lupa untuk mencari dalam :
Kesimpulan dari admin,
Membeli domain dan membina blog adalah perkara yang lumrah bagi seorang blogger.Memang keluar belanja tetapi demi minat terpaksa pejam mata dengan kos yang diperlukan.Kos bukan dalam bentuk duit semata-mata tetapi masa juga diambil kira.Betul kan.
Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.