Alkisah Ulat Sebelum Menjadi Kupu-kupu…Ini kisah separa benar.Bukan sekadar rekaan semata-mata.Ia adalah satu kisah yang boleh kita fikirkan bersama bagaimana proses kejayaan berlaku.Semua nak berjaya kan.Jika nak jom kita hayati alkisah ini sebagai satu metafora kejadian alam yang amat menakjubkan.Sudah tentu ada pengajaran buat kita sebagai manusia yang ada akal dan minda genius ini.Amin.
Di sebuah pokok yang merimbun tinggal sekelompok ulat yang aktif.(Eh gelinya!)Mereka hidup dengan memakan dedaun yang ada berada diseliling mereka.Ulat-ulat ini cergas dan sihat serta segar bugar.
Pada suatu hari datang seekor kupu-kupu yang mempunyai sayap dan badan yang begitu indah sekali.Dia hinggap di sebatang ranting.Ulat-ulat yang ada disitu kehairanan dan tertanya satu sama lain.Siapakah gerangan makhluk yang begitu hebat dan menawan tersebut.
Untuk memudahkan pemahaman pembaca,HB tulis menggunakan teknik dialog.
Ulat A: Siapa engkau?
Kupu-kupu :Aku adalah ibu kandung kalian!
Ulat B: Ahh..mana mungkin.Kamek sik percayak (dialek Sarawak)
Kupu-kupu: Benar.Aku adalah ibumu, anak-anakku sekalian.
Ulat A : Bagaimana mungkin.Kami macam ulat je! Engkau begitu indah.Sayap cantik.Warna begitu menawan.Kulit terbaik.Berkilat dan licin.
Ulat B: Betul.Betul.Betul.( alaihai macam upin dan ipin la pulak)
Kupu-kupu : Wahai anak-anakku sekalian.Dulu-dulu aku sama seperti kamu semua.Jadi seekor ulat yang jelek.Kini sangat cantik dan boleh terbang kemana-mana aku suka.Percayalah bahawa kalian semua boleh menjadi seperti aku sekarang ini.
Ulat A: Ye ke nie..?
Ulat B: Boleh tolong ajar kami macam nak jadi macam tu?
Kupu-kupu : Boleh tu memang boleh..
tapi mesti baca blogBuku OnlineduluUlat A:Ya.Kami memang mahu dan akan ikut apa jua syarat sekali pun.
Kupu-kupu: Ingat.Prosesnya ambik masa.Selain itu ada 3 syarat yang mesti diikuti.Jika tak sanggup maka sia-sia sahaja keinginan kamu semua untuk menjadi seperti aku nie.
Ulat A: Ok.Kami sanggup.
Kupu-kupu : Baiklah kalau begitu.Syarat pertama kali ialah kalian mesti berpuasa.Tak boleh lagi makan daun atau apa sahaja.Keduanya bersabar dengan dugaan demi dugaan semasa berpuasa.Akhirnya yang ketiga kamu lilitkan air liur ke seluruh tubuh supaya menjadi kepompong.Bila semuanya siap maka tunggu ke satu waktu agar kalian tumbuh sayap,kaki dan belalai untuk menghisap madu.Apabila semuanya sempurna berusaha keluar dari kepompong walaupun dalam keadaan payah dan sukar.
Masa terus berlalu.Ada dikalangan ulat tersebut yang patuh dengan syarat tersebut.Mereka yakin dan sabar dengan apa yang telah dikatakan oleh ibu mereka dahulu.
Dalam masa yang sama ada juga kelompok ulat yang ragu-ragu dan tidak percaya mereka boleh menjadi kupu-kupu yang cantik.Jadi mereka sabotaj syarat yang telah dipersetujui dulu.Mereka tidak puasa dan makan sesuka hati.Lebih menyakitkan hati mereka sengnaja melemahkan semangat sekumpulan ulat yang tengah berpuasa.
Golongan engkar semakin ramai manakala golongan setia dengan syarat semakin mengecil.Mereka tetap sabar walaupun ujian demi ujian silih berganti.Hati mereka tegar untuk menjadi kupu-kupu yang cantik seperti ibu mereka dahulu.Pendirian dan fokus yang padu akhirnya membuahkan hasil.
Waktu yang dinantikan pun tiba.Ulat yang berpuasa dan menahan diri dalam kepompong bertukar menjadi kupu-kupu yang amat cantik.Walaupun payah dan sukar berada dalam kepompong mereka tetap sabar.Itulah harga yang mereka bayar ketika itu.
Sebaliknya golongan ulat yang engkar dan tidak berpuasa serta tak nak tinggal dalam kepompong terus menjadi ulat yang gemuk,montel dan kiut.Hidup mereka menunggu masa untuk mati atau makanan burung-burung yang singgah di pohon tersebut.
Kawan-kawan yang sudah menjadi kupu-kupu meninggal mereka untuk menikmati hidup yang sebenar.Terbang ke mana sahaja mereka suka dan sambil-sambil mencari madu di pepohonan yang lebih tinggi.
Kesimpulan dari admin
Wah.Alkisah menarik namun ada pengajaran yang HB ingin sampaikan.Kita dan kupu-kupu memang tak akan sama.Namun dalam perbezaan itu ada persamaan iaitu untuk berjaya ada proses yang mesti dilalui dan dirasai.
Pelbagai ujian dan kesusahan yang kita alami itu ada hikmahnya.Siapa yang berjaya dan sabar menghadapinya akan diberi ganjaran berupa nikmat kepuasan.Itulah harga pengorbanan dan nilai sesebuah kejayaan.
Sekian.Salam penuh sukses dan sabarlah hadapi ujian hidup dengan hati yang tenang serta redha.
Pesanan komersial untuk ilmu