Keputusan SPM baru sahaja diumumkan.Kalian akan hadapi dilema habis SPM nak buat apa?Ada yang berjaya cemerlang dan ada juga yang kurang menyerlah keputusan akademik mereka.Kepada mereka yang tiada hati lagi nak sambung belajar apa kata cari kerja.Kelayakan SPM itu sudah memadai untuk kalian bekerja sama ada di sektor awam atau swasta.
Bukan niat HB nak menghalang kalian untuk mendapat pendidikan lebih tinggi.Kalian yang cenderung untuk bekerja atau berniaga jangan pula paksa diri untuk menyambung belajar semata-mata ikut kawan-kawan.Takut tak kesampaian kerana laluan selepas SPM ada dua sahaja.(sebenarnya lebih pun boleh)
Kalian boleh melanjut pelajaran di tingkatan enam atau pra universiti selama 2 tahun.Targetnya adalah untuk mendapat tempat ke universiti selepas berjaya dalam STPM.Perlu diingatkan peperiksaan ini sangat mencabar dan ramai yang kecundang dengan keputusan yang cukup-cukup makan.
Adapun kalian boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal atau profesional seperti pusat Giatmara,politeknik,Uitm atau ILP.Jika keputusan SPM cermelang boleh menjadi guru di IPGM.Pilihan ini kurang risiko untuk tidak berjaya.Jadi HB amat galakkan untuk jimat masa atau belanja.
Ini pula pilihan untuk bekerja.Kalian boleh memohon pekerjaan melalui SPA secara online.Rezeki kalian untuk dapat kerja kerajaan yang boleh menjamin masa hadapan.( nak cakap 100 peratus tak boleh juga).Jika kerja swasta dengan kelayakan SPM gaji tak sebesar mana.Kalian akan terhimpit dengan kos hidup yang kian mencengkam.Sebelum nak dapat kerja kalian mesti kuasai dulu kemahiran temuduga.Boleh semak dalam:
HB amat memahami lepasan SPM yang nak sambung belajar tetapi keputusan pulak kurang mengizinkan.Boleh dikatakan mereka dalam situasi nak peluk gunung tapi tangan pulak tak sampai.
Apa kata kalian cari kerja dan belajar sambil bekerja.Kalian pergilah memohon di OUM atau pengajian luar kampus.Cuma untuk mereka yang berhati cekal sahaja.Cabaran sangat tinggi dan nilai kejayaan kalian anda tinggi nilainya.
Jika kalian sudah habis ikthiar dan ingin menjadi blogger pun boleh.Bidang ini amat luas potensinya.Sudah tentu kalian yang suka menulis dan membaca digalakkan menceburi kerjaya blogger.Penulisan blog sangat mudah dan tak terikat seperti karangan zaman sekolah.Maksudnya tak pandai tulis bukan alasan la.
Kesimpulan dari admin,
Jadi selepas habis membaca entri ini kalian sudah ada idea selepas habis SPMdah tahu apa nak buat,Ya.kan.Jangan cakap dengan HB nak kahwin.Zaman sekarang kahwin tanpa faktor kewangan yang kukuh seperti berumah ditepi pantai.Ada ombak dan badai sahaja boleh menghanyutkan rumah kalian nanti.
Sekian.Salam penuh sukses dan jumpa lagi.