Tanggungjawab Popular Insan Bergelar Suami…Seorang suami dari zaman Nabi Adam sehingga akhir zaman tidak akan berubah sifatnya.Mereka dilengkapi kelebihan untuk menjadi si pemberi.Selainnya ada kekuatan fizikal serta mental untuk memimpin kaum wanita selaku isteri.Ia adalah hukum fitrah.Menolak bermakna pincanglah ia.
Lelaki atau suami sinonim dengan tanggungjawab dan amanah.Tak ada rasa tanggungjawab atau tidak mahu pegang amanah maka lebih baik jangan mengaku diri kita ini lelaki.Maafkan HB kerana kenyataan ini terlalu sinikal.Apa yang pasti tanggungjawab dan amanah ini amat berat kerana pada Hari Pengadilan kita akan disoal satu persatu.
1#Melindungi pasangan
Tanggungjawab utama suami ke atas isteri ialah memberi pelindungan.Bukan sekadar aspek fizikal.Ia meliputi juga emosi.Pelindungan dan keselamatan itulah menjadi tarikan utama isteri memerlukan suami.Dengan berkahwin si wanita yang akan bergelar isteri akan terhindar dari fitnah kubur.
2#Menyedia rumah
Sebab itu suami wajib menyediakan rumah untuk isteri.Tak mampu beli maka menyewa jawabnya.Sekiranya menyewa pun tak boleh HB sarankan kalian tinggal dulu rumah emak bapak.Boleh dikatakan pilihan terakhir.Sayugia diingatkan mesti berusaha juga mendapatkan tempat tinggal sendiri kerana tinggal tanpa pengaruh ibubapa adalah indikator kepimpinan suami.
3#Menafkah pendapatan
Sekali baca memang terlintas kepada nafkah batin.Memang pun tetapi menafkah pendapatan adalah untuk makanan,pakaian dan perubatan.Bukan itu sahaja kos untuk kecantikan isteri juga suami harus disediakan.Kalau macam tu mana nak korek lagi duitnya.HB pun pening nak jawab..Lain la si suami ada kepakaran menulis.Sudah tentu ada Rahsia Menjana RM50 ribu dengan jual ebook
4#Mengasihi isteri
Betul ke suami yang tak ada mengasihi isteri.Kalau betul memang suami tu jenis tak betul.Siapa yang tak sayang isteri tu lebih baik pergi syahid di Palestine.Sematkan dalam minda kalian bahawa tujuan perkahwinan agar si suami dan si isteri dapat bermanja atau ‘gitu-gitu’.Jika ada si isteri buat tak tahu perkara ini maka bagi sahaja borang kepada suami untuk buka cawangan baru.Habis cerita.
5#Keperluan mendidik
Isteri yang solehah adalah cerminan kepada peribadi suami.Lainlah sewaktu kahwin dulu memang pilih wanita solehah yang berpendidikan madrasah.Jika terpilih yang biasa-biasa maka si suami ada kuasa untuk membentuk isteri menjadi solehah.Ambil masa dan beri didikan tanpa jemu atau bosan.Sekiranya berjaya maka suami adalah insan yang paling disyukuri isteri kerana membimbingnya jalan ke syurga.
Kesimpulan dari admin,
Bagi yang belum kahwin jangan pening-pening setelah mengetahui tanggungjawab popular insan bergelar suami.Lumrah dari moyang kita dulu sehingga kepada bapa kita dan seterusnya diri kalian.
HB tidak nafikan trend sekarang ini si isteri yang berperanan seperti suami dalam urusan kewangan.Namun tidak boleh dibiarkan mereka berbuat begitu kerana dalam bab beranak masih juga tak dapat diserahkan kepada suami.Hukum alam mana mungkin boleh diubah hakikatnya yang sebenar.
Habis macam tu HB?
Bak kata Nabil dulu..lu fikir la sendiri.
Sekian.Salam motivasi dan berusahalah menjadi suami yang bertanggungjawab.Pesanan tu untuk diri HB sendiri la.