Quantcast
Channel: Hero Borneo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 427

Terkenang Kisah Lama Buat Minisite

$
0
0

minisite menarik

Terkenang Kisah Lama Buat Minisite…Pada tahun 2009 HB pernah membina minisite atau landing page yang mudah.Pada masa itu HB mula berjinak-jinak untuk menjadi IM.Reputasi  IM pada masa itu amat popular berbanding blogger.

Nak jadi IM mesti ada minisite dan mailing list.Sekarang pun tool ini adalah kemestian.Masih teringat lagi HB ada melanggan sistem menjawab email Aweber.Bulan-bulan perlu bayar.Mailing list HB boleh dikira dengan dengan jari kaki.Sayangnya selepas beberapa bulan menjadi IM maka HB mengundur diri kerana zero income yang terhasil.

Pada masa itu banyak ebook berada dipasaran boleh dijual oleh para IM melalui affiliate.Ashadee maupun Klikjer belum lagi  wujud pada masa itu.Penggunaan media sosial lebih tertumpu kepada Facebook dan Tweeter.Jadi promosi guna Group.HB ada keahlian lebih 1000 orang ahli di mana HB bertindak sebagai perintis group ini sehingga melantik diri  sebagai admin.

Selepas siap mengarang minisite HB upload guna fail FTP.Pada masa itu HB menggunakan domain dan hosting berbayar.Rasanya lebih senang buat blog dengan blogspot berbanding buat minisite atau landing page melalui hosting berbayar.

Terus terang HB masih meraba-raba pada masa itu,Tak tahu apa SEO atau berada halaman utama.Semua main hentam sana dan sini.Apa yang HB dapat selain rasa kecewa.Jauh dalam hati memujuk diri sendiri bahawa pengalaman ini adalah guru terbaik untuk HB berjaya dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sekurang-kurang saya sekarang sudah tahu sedikit tentang SEO.Sebab itu HB pernah menulis entri bertajuk Cuba Template Percuma Mesra SEO

Sedar tak sedar sudah 5 tahun HB telah menceburi dunia online.Baik secara langsung atau tidak.Angka ini tidak juga tepat kerana HB pernah guna internet di kedai komputer Pertama Kompleks pada tahun 1999.Bayaran RM10 untuk sejam.Sangat mahal pada masa itu.(Kisah benar nie)

Kini para IM newbies,blogger atau usahawan online tak perlu risau.HB ada menemui cara mudah dan pantas untuk membuat minisite tanpa pening-pening macam HB 5 tahun dulu.

Guna sahaja platform blogspot yang percuma.Download template minisite yang percuma juga.Jangan malu dan jangan segan.Boleh mulakan sekarang pada link yang HB sediakan dibawah:

 

Download percuma>>>>>>>Blogspot to Minisite

 

Kesimpulan dari admin,

Minisite yang cantik dan bergaya memberi imej kepada pemilik yang sebenar.Jadi perlu  berhati-hati untuk mereka cipta minisite yang cantik dan menawan.

Sekian.Salam motivasi dan harap jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 427